Baru Darjah 3 Mintak Pakai Bag Sekolah Gucci, Selamba Mak Belikan

Isnin lalu sesi persekolahan secara bersemuka sudah pun dibuka dan pasti ramai pelajar tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan selepas hampir sebulan bercuti.

Malah hujung minggu lalu, ramai ibu bapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah lebih-lebih lagi jika ada pakaian yang tidak muat atau memerlukan barangan baru.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna @eyzazakiey yang berkongsikan anaknya yang baru sahaja darjah 3 sudah minta beg sekolah jenama mewah Gucci.

Lebih menjadi perhatian, si ibu terus membeli beg berkenaan bagi menggantikan beg lama anaknya itu. Turut disertakan kapsyen pada video tersebut si ibu mendoakan agar anaknya rajin belajar.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang membandingkan ketika mereka di sekolah rendah hanya memakai beg jenama biasa sahaja.

Malah, ada yang mempersoalkan budak sekolah sekarang sudah tahu untuk memakai jenama mahal dan mewah.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan kanak-kanak itu bertuah dan beruntung serta mengharapkan supaya belajar pandai-pandai serta menghargai pengorbanan ibu bapanya.

SUMBER: TikTok Eyzazakiey