Baru Keluar Trailer, Netizen Komen Macam-Macam Pasal Filem Mat Kilau

Buat peminat filem tempatan, pasti ramai tahu filem Mat Kilau akan ditayangkan di pawagam pada 23 Jun depan dan trailer filem tersebut sudah pun keluar untuk tontonan ramai.

Menariknya, filem arahan Syamsul Yusof itu dibintangi pelakon hebat antaranya Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Fattah Amin, Rahim Razali, Jalaluddin Hassan, Nam Ron dan ramai lagi.

Bagaimanapun, baru sahaja keluar trailer namun pelbagai reaksi daripada netizen mengenai filem berkenaan.

Ada netizen memberikan komen mengenai colour grading filem berkenaan yang dilihat agak ceria tidak kena dengan tema cerita. Kata netizen, jika colour grading seperti filem-filem Indonesia pasti lebih cantik.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen mengenai percakapan dalam filem tersebut kerana jika menggunakan loghat Pahang lebih feel dan menjadi.

Dalam pada itu, ada yang memberi komen mengenai set penggambaran filem tidak seperti Puteri Gunung Ledang.

Meskipun ada segelintir netizen memberikan kritikan untuk penambahbaikan, namun ramai yang meremang menonton trailer berkenaan dan tidak sabar menantikan filem itu ditayangkan di pawagam.

Malah, ada yang berharap lebih banyak lagi filem mengenai sejarah Melayu akan di filemkan untuk tontonan umum.

SUMBER: Twitter Zhafvlog & Kakimuvee