Baru Sangat Nikah Tapi Doktor Kata Perlu Buang Rahim Kerana…

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Ada yang cepat dikurniakan zuriat, ada yang menunggu bertahun lamanya. Namun ada yang tidak bernasib baik untuk memiliki cahaya mata.

Seperti kisah wanita tabah ini yang baru sahaja bernikah namun menerima dugaan besar apabila doktor menyarankan agar rahimnya dibuang.

Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok oleh wanita menggunakan nama Reena Suhaimi yang berkongsikan dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Namun doktor mengesahkan himnya perlu dibuang kerana fibroid. Ujarnya, dia mengalami pendarahan teruk dan berketul-ketul hingga anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam badan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati di atas nasib wanita itu serta memberikan kata-kata semangat. Malah, ada juga beberapa wanita turut berkongsikan pengalaman sama yang dilalui oleh mereka.

 

SUMBER: TikTok Rena Baik