Baru Umur 16 & 17 Tahun, Pasangan Pengantin Pelajar Ini Jadi Perhatian Netizen

Bila bercakap tentang jodoh, kita semua tahu bahawa ia merupakan rahsia Allah. Bila, dengan siapa, hanya Allah sahaja yang tahu.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis bernama @qiss.moyy mengenai sepupu perempuannya yang selamat bernikah pada usia 16 tahun.

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, gadis itu memberitahu sepupunya yang menetap di Kelantan itu berkahwin dengan suaminya yang setahun tua daripadanya iaitu 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=aeoTuAVZdkg

Dalam video tersebut, gadis itu memberitahu sepupunya memilih untuk menghalalkan hubungan bagi mengelak daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan keputusan pasangan itu untuk berkahwin di usia muda apatah lagi belum lagi tamat persekolahan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan selepas ini si suami perlu bekerja bersungguh-sungguh kerana mempunyai tanggungjawab terhadap isteri pula selepas ini.