Bawa 3 Isteri Keluar Bersama, Netizen Puji Madu-Madu Rapat Macam Bestfriend

Sebut sahaja poligami, pasti ramai wanita pantang dan tidak keruan setiap kali mendengarnya. Malah, ada yang melihat madu dianggap perampas dan menggangu kebahagiaan orang lain.

Tidak dinafikan tidak semua wanita sanggup hidup bermadu, namun berbeza dengan tiga wanita ini yang menerima madu-madu mereka dengan baik.

Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Zizah Mardhiah berkongsikan momen bersama dua madunya keluar bersama suami.

Dalam video tersebut, Zizah berkata suami mereka biasa-biasa sahaja namun apa yang penting asalkan berlaku adil pada mereka bertiga.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut kerana hal bermadu bukan perkara boleh dibuat main.

Bagaimanapun ada yang memuji ketiga-tiga madu boleh berbaik-baik malah dilihat rapat seperti bestfriend.

Namun, ada yang mengatakan video tersebut hanya untuk konten sahaja dan mereka bukan betul-betul bermadu seperti yang dikatakan.

Dalam pada itu, ada yang meminta gambar kahwin sebagai bukti jika mereka betul-betul bermadu. Benar atau tidak hanya tuan badan sahaja yang tahu.