Bayi Dipukul Bapa Guna Penyapu Lidi Sebab Tak Nak Tidur

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang bapa memukul bayi perempuannya dengan penyapu lidi kerana tidak mahu tidur.

Menerusi video tersebut dapat dilihat si bapa berkenaan memerhatikan anaknya sambil merokok serta memaksa anaknya untuk tidur.

Bagaimanapun, bayi berkeanan tidak tidur sekaligus membuatkan si bapa bengang dan bertindak memukul mangsa menggunakan penyapu lidi di seluruh badannya beberapa kali menyebabkan bayi itu menangis.

Tangisan bayi itu membuatkan si bapa bertambah berang apabila meninggikan suara serta memaksa anakya itu diam dan tidur.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang sanggup memukul anaknya semata-mata untuk suruh tidur.

Malah, ada ramai netizen menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat video berkenaan serta mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Kata netizen lagi, jika tidak mahu menjaga anak tidak perlu berkahwin atau pun untuk mempunyai anak kerana akhirnya mereka yang sakit. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku.

SUMBER: Facebook Khaty Fadel Hak