Bayi Istimewa Diejek Joker, Netizen Kata Ini Sebab Ramai Artis Tutup Muka Anak

Tiada manusia yang diminta untuk dilahirkan kurang sempurna atau cacat. Namun, masih ada masyarakat sekeliling yang kurang sensitif sehingga merendahkan kekurangan orang lain.

Baru-baru ini tular mengenai seorang bayi bernama Ayla Summer Mucha yang didiagnosis bilateral microstomia iaitu kecacatan kongenital dimana ia menjejaskan fungsi rongga mulut.

Ramai yang memuji kecomelan bayi itu, namun ada yang meninggalkan komen negatif menyamakan bayi tersebut dengan watak popular Hollywood, Joker.

https://twitter.com/n0ns0ciall/status/1530466550959853568?

Komen netizen itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Lebih kesal, apabila rata-rata yang meninggalkan komen tersebut adalah kaum perempuan yang suatu hari nanti akan mempunyai cahaya mata.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mungkin disebabkan komen negatif tersebutlah ada selebriti di Malaysia enggan mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

SUMBER: Twitter