Bayi Maut Diliwat Suami Pengasuh, Ibu Mangsa Mahu Tuntut Keadilan

Semalam berita mengenai bayi lelaki yang meninggal dunia di Kelana Jaya pada 27 April dipercayai diliwat suami pengasuhnya mengundang rasa sedih dan marah di kalangan netizen.

Mana tidaknya, bayi yang dihantar dalam keadaan sihat ke rumah pengasuh diperlakukan dengan kejam sehingga meninggal dunia.

Menerusi Facebook, seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu berkongsi rasa kecewa terhadap kejadian menimpa anaknya itu serta mahu menuntut keadilan.

Dalam satu entri, wanita itu meluahkan rasa terkilang sanggup suspek melakukan perbuatan terkutuk itu pada anaknya.

Lebih hiba, pada hari tersebut dia menghantar anaknya dalam keadaan sihat namun apabila pulang hanya jasad kaku dilihatnya.

Terdahulu, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat lebam pada mulut bayi dipercayai kesan ditekup sehingga mangsa meninggal dunia.

Ketika kejadian, isteri suspek sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan mangsa di dalam bilik yang dikunci selama dua jam.

Lebih hiba, hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul.

Bayi berkenaan dihantar sendiri oleh suspek ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

SUMBER: BH Online, ohmymedia