Bazar Ramadan Di Selangor Tidak Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mei Ini

0
1447
The crowds at Ramadan Bazaar section 13 in Shah Alam abiding the SOP by distancing themselves and wearing face mask. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa daerah di Selangor mulai 6 Mei ini, semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi bermula 8 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebentar tadi. Dalam pada itu, kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas akibat penutupan itu.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Daerah yang terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

SUMBER GAMBAR: The Star