Bazar Ramadan, Solat Terawih Dibenarkan Tahun Ini

Berita baik untuk anda, sebentar tadi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bazar Ramadhan, bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenarkan.

Selain itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa aktiviti solat terawih secara berjemaah pada bulan Ramadhan turut dibenarkan.

Namun begitu, jumlah kehadiaran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Ujarnya, SOP berkenaan perkara berkenaan akan diberitahu kelak.