Bazir Duit, Rakyat Bantah Cadangan Menteri Nak Hidupkan Semula PLKN

0
3144

Seperti diketahui, Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah.

Kem tersebut bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan membina nilai-nilai murni generasi muda. Bagaimanapun, program tersebut dihentikan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas sebab tertentu.

Terbaharu, Kementerian Pertahanan bercadang untuk menghidupkan semula PLKN. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja.

Beliau menjawab persoalan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang bertanyakan kenapa program PLKN dihentikan dan mencadangkan program itu diteruskan semula serta nasib kakitangan dan jurulatih PLKN dibela.

Menerusi Twitter, Ahmad Maslan turut memuat naik mengenai perkara itu seolah mengesahkan PLKN akan dihidupkan semula.

“Bahawa #PLKN Program Latihan Khidmat Negara akan dihidupkan semula setelah dihentikan oleh kjaan dahulu. Terima kasih banyak. PLKN amat baik utk bina generasi muda,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian Ahmad Maslan itu menimbulkan pelbagai rekasi daripada netizen yang menyatakan bahawa PLKN ini adalah sesuatu yang merugikan dan tidak mendatangkan keuntungan.

Malah, netizen yang juga bekas peserta PLKN juga tidak bersetuju untuk dihidupkan semula kerana ianya untuk memberi kekayaan kepada kroni dan bukan untuk memajukan para peserta.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan program itu hanya membuang masa dan wang kerana ia boleh digunakan untuk projek lain yang lebih bermanfaat.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan daripada hidupkan semula PLKN adalah lebih baik jika salurkan wang tersebut dengan menyediakan komputer riba kepada para pelajar, sekolah dan universiti untuk memudahkan kelas online.

 

Kata netizen lagi, bukan mahu menjatuhkan inisiatif kerajaan tetapi pelaksanaan PLKN sebelum ini tidak memberi kebaikan dan lebih kepada percutian musim panas. Apa kata netizen tentang perkara ini, tapi ramai bekas pelatih tak setuju ianya dihidupkan semula.

SUMBER: Twitter