Bekas Isteri View Chin Dilamar, Tekad Mulakan Kerjaya Baru

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai konflik antara  influencer, Shermine Ah Moi bersama bekas suaminya, View Chin sehingga menjadi bualan di media sosial.

Mana tidaknya, Shemine mendedahkan mesej diantara View Chin dan Mira serta turut meluahkan rasa kecewa terhadap pekerja mereka itu kerana telah merampas suaminya. 

Nampaknya, Shermine tidak menunggu lama apabila terus bangkit untuk memulakan kerjaya baru dimana dia dilamar oleh sebuah syarikat kecantikan untuk menjadi duta produk mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shermine Hau (@shermine_mummy)

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shermine mengucapkan terima kasih kepada syarikat itu kerana memilihnya serta mengatakan dia akan semakin kuat selepas ini.

Perkongsian Shermine itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Malah, ramai memuji kecantikan Shermine dan kelihatan muda sedangkan sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.