Setiap pasangan yang bercinta pasti masihkan kekasih hati mereka tampil bergaya dan menawan. Namun, jika perhubungan itu hanya berdasarkan kecantikan luaran semata-mata, itu bukan cinta namanya.
Baru-baru ini, perkongsian video di TikTok oleh seorang gadis bernama Nurjuliana tular dimana dia meluahkan rasa kecewa apabila perhubungan cinta yang dibina terputus ditengah jalan.
@nanazafarin #fyp sakit hmm
Ujarnya, setiap kali keluar dating, bekas kekasih akan menyuruhnya mengenakan kanta lekap dengan alasan nampak lebih cantik. Bagaimanapun, akibat pemakaian kanta lekap, dia menderita radang mata yang agak teruk.
Kata gadis itu, selepas kejadian itu dia mula menyedari bahawa bekas teman lelakinya itu tidak mahu mengharungi waktu susah bersama dirinya. Malah, bekas kekasihnya itu bukanlah seorang yang ikhlas dan tidak mampu menerima kekurangan dirinya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasib menimpa gadis itu serta mendoakan agar segera sembuh.
SUMBER: TikTok