Buat pencinta buku, pasti mereka akan sering ke kedai buku untuk membeli bahan bacaan terbaru. Kebiasaannya sewaktu mencari buku, pasti kita akan membaca keterangan di belakang untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut.
Namun, kita seorang lelaki ini ternyata mencuit hati netizen apabila dia membeli novel yang membuatkan dirinya terkejut dengan isi kandungan buku berkenaan.
Menerusi perkongsian di Twitter, @nabilfikran10 berkongsikan novel terbaru dibelinya berjudul ‘MEOW’ oleh M.E.OWMEOW. Lebih menghiburkan penulis buku tersebut adalah ‘kucing’.
https://twitter.com/nabilfikran10/status/1327504913882968066
Malah, isi kandungan novel tersebut pasti mengejutkan anda apabila hanya tertulis ‘meow’ dalam setiap muka surat. Nabil berkata dia akui menyesal membeli buku berkenaan dan disebabkan itulah buku tersebut mempunyai diskaun.
Berdasarkan keterangan oleh Google Books, MEOW ditulis untuk kucing dari perspektif kucing, disebabkan itu buku tersebut hanya mengandungi satu perkataan yang boleh memberi makna apa pun dalam bahasa kucing, iaitu ‘meow’.
Difahamkan, inilah kucing yang juga penulis buku tersebut. Gambar ini diambil pada tahun 2018 dan ini merupakan kucing disebalik buku berkenaan.
presentation of his new book will be made the following Friday (you can get an autograph!)#cat #CatsOfTwitter #books #meow #Friday pic.twitter.com/fMtuO5Femu
— ko_mon (@_ko_mon) August 24, 2018
Agaknya buku tersebut ditulis hanya untuk kucing dan boleh difahami oleh haiwan tersebut sahaja. Korang rasa novel MEOW tu berkisarkan apa apa eh?
SUMBER: World of Buzz