Beli Buku Sampai RM21,000, Netizen Pertikai Tindakan Azmin Masa Pegang Kerajaan Dulu

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pemberian tender rundingan terus oleh kerajaan seperti diumumkan Kementerian Kewangan di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menerusi senarai 101 kontrak rundingan terus itu, tender kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk pembelian buku yang dikatakan bernilai lebih RM21,000 menjadi antara menjadi perbincangan hangat netizen.

Malah menerusi Twitter, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik Najwan Halimi mempersoalkan buku apa yang dibeli sehingga harga mencapai RM21,000.

Lebih mengejutkan, buku bertajuk A Better World Volume 5: Actions and Commitments to the Sustainable Development Goals itu boleh dibaca secara percuma di internet.

Dalam pada itu, ada netizen memetik nama Azmin dan mempertikaikan mengapa Kementerian Hal Ekonimi membeli buku semahal itu sedangkan boleh dapatkan secara percuma.

Malah, ada yang mempertikai tindakan Azmin ketika memegang kerajaan terdahulu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Tidak kurang juga ada netizen meminta Azmin menjawab pertanyaan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada penjelasan dan kenyataan mengapa kerajaan membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan buku tersebut.