Benar Atau Prank Sahaja, Ketukan Misteri Kini Sudah Sampai Di Port Dickson

0
4980

Jika baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai misteri ketukan tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor, kini ketukan misteri itu sudah sampai ke Port Dickson.

Insiden itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.

Ujar wanita itu, misteri ketukan tersebut membuatkan dia merasa ingin tahu dan cuba memeriksa segalanya di dalam rumah. Namun setelah memeriksa tiada apa yang dapat dikenal pasti.

“Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu… jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main ‘game candy crush’.

“Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah ‘check’. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah,” tulisnya.

Bagaimanapun, wanita itu beranggapan sebagai permainan syaitan, jin dan iblis. Ujarnya lagi, mungkin dia terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.

“Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan” katanya.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa bimbang dan takut jika mereka pula akan diganggu. Malah, ada yang meninggalkan komen lucu bagaimanapun boleh dapat surat pelepassan sampai ke Port Dickson pula.

SUMBER: Sinar Harian