Benarkah Lagu ‘Pulang’ Oleh K-Clique Ini Buat Ramai Ketua Keluarga Menangis?

0
8266

Tidak dinafikan nama kumpulan rap terkenal K-Clique sentiasa meniti di bibir peminat dan baru-baru ini lagu bertajuk Pulang ternyata berjaya menyentuh hati.

BACA: Mohon Maaf Secara Terbuka Di Facebook, Netizen Tertanya Apa Peranan ‘Ayahanda’

Jika dilihat, lirik yang ditampilkan di dalam lagu ini cukup ringkas namun dekat dengan hati insan bergelar ketua keluarga – ibu atau bapa yang penat mencari rezeki.

Dugaan pandemik COVID-19 yang kita hadapi ketika ini juga pastinya memberi kesan kepada mereka yang hilang pekerjaan namun masih berusaha untuk menyara keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.