Saban tahun setiap kali bulan Ramadan pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar.
Jangan terkejut jika melihat ada yang mula beratur seawal jam 4 petang untuk mendapatkan nasi arab tersebut.
Baru saja reda tentang isu nasi arab Chef Ammar dikatakan mahal, tular lagi mengenai nasi arab berkenaan apabila seorang lelaki mengamuk gilirannya untuk membeli dipotong pembeli lain.
Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki berbaju biru dilihat berang serta meluahkan rasa marah.
Dapat didengar rungutan lelaki itu yang melihat barisan disebelahnya laju saja bergerak namun tempat dia beratur tidak bergerak.
Lelaki itu memaklumkan dia sudah beratur selama beberapa jam namun tidak dapat membawa juadah itu untuk berbuka puasa.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya lelaki itu bersabar apatah lagi sedang berpuas.
Malah, ada yang meberi cadangan supaya Chef Ammar membuat sistem ambil nombor supaya membolehkan orang ramai mendapatkan nasi arab tanpa perlu bersesak.
Dalam pada itu, ada yang tidak menyangka ada yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya untuk mendapatkan nasi arab tersebut.
SUMBER: TikTok