Bengang Beg Tangan Diragut, Wanita Bawa Lari Motosikal Perompak

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang wanita yang berjalan seorang diragut oleh dua perompak menaiki motosikal.

Menerusi video rakaman CCTV yang di muat naik di Instagram @memomedsos itu, pada awalnya seorang perompak turun daripada motosikal bertindak meragut wanita berkenaan manakala seorang lagi tunggu di motosikal.

Wanita berkenaan dilihat cuba untuk tidak melapaskan beg tangannya itu. Melihatkan situasi berkenaan, seorang lagi perompak turun dari motosikal untuk membantu rakannya.

 

Mungkin bengang kerana tidak dapat menyelamatkan beg tangannya, wanita tersebut tanpa berfikir panjang membawa lari motosikal perompak berkenaan.

Tidak menyangka mangsa bertindak sedemikian perompak tersebut cuba untuk mengejar namun gagal untuk mendapatkan semula motosikal mereka. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Indonesia.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan bijak wanita tersebut dengan membawa lari motosikal perompak berkenaan.

Namun tidak kurang juga video tersebut hanya prank semata-mata dan hanya untuk konten sahaja. Apa pun jika benar insiden itu benar-benar berlaku, sememangnya wanita itu sangat berani.