Bengang Dengan Keputusan Mahkamah, Penyokong Najib Razak Salahkan Mahathir

0
11461

Menurut laporan Malaysiakini, terdapat penyokong Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.

BACA: Najib Razak Didapati Bersalah Salah Guna Kuasa: Mahkamah

Penyokong yang sudah mula berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak enam pagi tadi mula menjerit menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Menurut portal itu lagi, laungan seperti “Bossku tak bersalah”, “mahkamah tak adil”, “Tun (Dr Mahathir Mohamad” kejam” turut dilaungkan.

Perkara tersebut turut selari seperti laporan @FirdausAzil di Twitter.

Sementara itu, Najib dilaporkan kelihatan tenang ketika mahkamah memutuskan beliau bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya berkaitan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Gambar: The Star