Bengang Diminta Tunggu 45 Minit, Pelanggan Tengking Pekerja Restoran Piza Siap Jaja Ada PhD

Tidak dinafikan bekerja di bahagian khidmat pelanggan terutama di restoran, pelbagai ragam pelanggan dapat dilihat.

Seperti yang dilalui oleh seorang gadis berusia 18 tahun ini, Wafa Aishah Shaiful Rizam yang dimarahi seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Berkongsikan kisahnya itu kepada mStar Online, Wafa berkata ketika itu dia baru saja 3 hari bekerja di restoran berkenaan namun dimarahi seorang pelanggan yang sudah lanjut usia.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul enam petang. Saya tengah lekatkan sticket dekat kotak piza. Lepas siap tu saya susun kotak untuk delivery order.

“Kebetulan masa saya letak kotak dekat kaunter, ada pakcik ni berdiri depan kaunter sebelah. Saya pun ambil pesanan pakcik ni macam biasa. Apabila selesai order, saya tanya dia boleh ke tunggu lagi 45 minit.

“Saya beritahu pekerja bahagian dapur suruh tutup order untuk siapkan banyak pesanan penghantaran.

“Tiba-tiba pakcik ni tengkin saya, siap tuduh saya kurang ajar dan halau dia. Dia marah saya dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Hanya terdiam kaku hingga tidak dapat memberikan respon apabila dimarahi lelaki berkenaan, kata Wawa lagi salah seorang pekerja lain, bernama Fikri tampil ke kaunter untuk redakan keadaan.

Ujarnya lagi, belum sempat dia membuka mulut lelaki berkenaan terus mengatakan dia tiada adab sehingga mahu berjumpa dengan pengurus.

“Dia juga tak puas hati masa Fikri cuba tolong pertahankan saya. Dia tak bagi Fikri belas saya sampai dia cakap ‘I am a doctor you know, I have a PHD’.

“Saya terus pergi solat lepas tu, tapi sebelum sembahyang saya semapt menangis dulu dekat dalam tandas,” katanya.

Turut berkongsikan kisah dilaluinya itu di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan apa yang dilalui oleh gadis itu. Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman sama ketika bekerja di restoran makanan segera.

Dalam pada itu, Wafa turut terkilan dengan apa yang berlaku kerana niatnya bekerja untuk mencari duit menyambung pengajian. Ujarnya, tujuan dia memuat naik video itu bukan untuk memalukan sesiapa tetapi kesal kerana ada belajar tinggi tetapi tiada adab dengan orang lain.

“Niat saya post video dekat TikTok tu pun bukan nak malukan sesiapa. Saya cuma nak luah rasa terkilan supaya orang-orang macam ni berhenti rasa diri mereka hebat.

“Belajar tinggi-tinggi pun kalau tak ada adab dengan orang sekeliling tak guna juga,” luahnya.

SUMBER: mStar Online