Bengang Playdoh Anak Keras & Bercampur Sampai Naik IG Story, Kawan Balas Kaw-Kaw

Setiap kali hari raya sudah menjadi kewajipan untuk saling kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dan rakan-rakan dalam masa sama mengeratkan lagi silaturahim.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Instagram dimana dia beraya rumah dipercayai seorang rakan dan anaknya bermain mainan anak tuan rumah dan dikatakan habis jahanam mainan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ezy aizuddin (@aizuddinbinwahid)

Menurut individu itu, rakannya memuat naik status mengenai perkara itu dan tidak membalas mesej yang dihantar olehnya.

Menerusi video itu juga, individu tersebut turut memuat naik status dikongsikan rakannya itu yang kasihan dengan anaknya apabila playdoh miliknya telah pun bercampur dan keras serta mengatakan akan membelikan playdoh baru.

Individu tersebut yang sedar dengan perkongsian rakannya itu mengambil inisiatif untuk menggantikan semula mainan yang baru.

Turut dikongsikan harga mainan yang dibeli untuk digantikan semula adalah berjumlah RM760. 

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan jika tidak mahu anak tetamu sentuh barang anak lebih baik jika kunci bilik atau sorokkan semua mainan.

Kata netizen, sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak bermain seperti itu. Tidak kurang juga, ada yang memuji individu berkenaan yang ada sikap tanggungjawab dengan menggantikan semula mainan berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberikan teguran kepada ibu bapa diluar sana supaya didik anak agar menghormati harta benda orang lain jika ke rumah orang. 

Sementara itu, ada netizen berpendapat rakannya itu tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya hanya untuk memberitahu bahawa mainan anaknya rosak dan mahu menggantikan yang baru.

Malah, ada netizen terkejut apabila individu tersebut bukan hanya membeli playdoh sahaja malah turut dibelikan aksesori lain sedangkan hanya playdoh sahaja yang rosak.

SUMBER: Instagram aizuddinbinwahab