Tidak dapat dinafikan, kehadiran telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 memang sangat dinantikan peminat mereka.
BACA: “Orang Bodoh Je Yang Sanggup Beli iPhone 12?”
Melalui rekaan premium dan juga pelbagai fungsi yang telah dipertingkatkan, tidak susah untuk menyatakan mengapa ia jadi pilihan buat mereka yang berkemampuan.
Baru-baru ini melalui satu perkongsian di Facebook, terdapat beberapa himpunan gambar orang ramai beratur untuk membeli telefon pintar terbaru itu.
Lebih menggelikan hati lagi, ada beberapa komen yang menyatakan realiti bahawa ekonomi warga Bumiputera sudah kukuh gara-gara ramai di antara yang beratur adalah daripada kelompok itu.
Situasi beratur panjang ini bagaimanapun dilihat masih lagi menyantuni peraturan penjarakan sosial. Rasanya jika dunia tidak dilanda Covid-19 ini, tidak mustahil ada yang sanggup tidur di pusat membeli belah.
Manakala di ruangan komen terjadi juga perbalahan di antara netizen yang suka judge atau pun menghakimi sesiapa yang melakukan pembelian telefon pintar terbarus itu.
Jujurnya, tidak salah untuk memiliki peranti terbaru asalkan berkemampuan. Tak mampu, kita hutanglah, kan?
Makan tak makan sampai hujung bulan, itu belakang kira, yang pasti kita wajib tampil bergaya.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.