Berderau Darah Wanita Ini, Anak Saudara Pesan Makanan Lebih RM1,800 Dari Foodpanda

Boleh dikatakan di zaman teknologi ini semuanya sangat mudah dan anda boleh membeli makanan hanya dihujung jari sahaja serta tidak perlu lagi bersusah payah keluar rumah.

Namun, di sebalik kemudahan tersebut boleh terjadi perkara yang tidak diingini lebih-lebih lagi kanak-kanak zaman sekarang juga sudah tahu menggunakan aplikasi tanpa berfikir panjang.

Seperti yang terjadi oleh seorang wanita ini yang mendapati bakul pesanan aplikasi Foodpanda di telefon bimbitnya mengandungi pesanan berjumlah lebih dari RM1,800.

Berkongsikan insiden yang berlaku pada dirinya minggu lalu, wanita itu berkata dia berderau jantung seketika apabila melihat jumlah tersebut. Ujarnya, anak saudaranya ada bermain dengan telefon bimbitnya dan mengatakan dirinya lapar.

Anak saudara lapar, nak makan pizza katanya

Alkisah last week punya cerita. Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dalam phone bukan auto order.
Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.
Edited : pesanan untuk ibu bapa sekalian..hati hati dengan anak vs aplikasi food panda ada yang cod je hehehe.

Antara makanan yang dimasukkan dalam bakul pesanan, 14 set Nasi Briyani Gam (RM546), 4 set N.Y Kebab Rice (RM140), 5 Peri-Peri Herb Rice (RM175) dan lain-lain pesanan yang harganya di bawah RM100.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kisah wanita itu. Malah, ada yang tertawa apabila kanak-kanak itu memesan 14 set nasi briyani dan bertanyakan adakah mahu mengadakan kenduri.

Apa pun diharap selepas ini jangan sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak menggunakan telefon bimbit tanpa pengawasan bimbang perkara seperti ini terjadi. Tak pasal-pasal habis duit membayarnya nanti.

SUMBER: Cik Miya Azira