Berebut Awek Punya Pasal, Restoran Mamak Di Klang Rosak Selepas Jadi Tempat Pergaduhan

Sejak semalam, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran sekitar Taman Ehsan Saja, Pandamaran Klang yang dirakam oleh seorang pelanggan.

Dapat dilihat pada video itu, sekumpulan lelaki itu bertindak menarik seorang lelaki keluar dari restoran selepas pergaduhan berkenaan.

Difahamkan, punca pergaduhan disebabkan perebutan teman wanita sehingga menyebabkan seorang lelaki dipukul menggunakan kayu besbol.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1529414141924212736

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang kesal apabila berlakunya pergaduhan berkenaan di tempat awam serta kesihan kepada pemilik kedai kerana barangan seperti kerusi rosak akibat kekecohan tersebut.

Sementara itu, memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah menahan lapan lelaki berusia 14 hingga 21 tahun di kawasan Kapar dan daerah Klang.

“Berdasarkan pengakuan awal, kesemua suspek ditangkap mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud pengaruh unsur gangsterism atau kumpulan kongsi gelap kerana terdapat rakan mangsa dan suspek yang terdiri daripada lepasan sekolah.

SUMBER: Twitter