Bergambar Dengan Bentuk Dada Tersembul, Netizen Kata Fiza Halim Makin Seksi?

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fiza Halim menjadi perhatian apabila penampilannya dikatakan seakan mencolok mata.

Menerusi muat naik tersebut, Fiza dilihat memakai tudung berwarna hitam bagaimanapun mendedahkan bahagian leher. Fiza turut mengenakan baju lengan panjang yang dilihat agak ketat sehingga menampakkan ‘asetnya’.

Perkongsian Fiza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa pelakon itu semakin seksi namun tetap meminta agar Fiza kekal istiqamah.

Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan jika tidak mahu bertudung lebih baik jika tidak memakainya kerana bertudung perlu menutup aurat dengan sebaiknya.

Sementara itu, memetik Xtra, berdasarkan pemerhatian Fiza dilihat telah memadam komen yang mengkritik tentang penampilannya itu.

SUMBER: Xtra