Berhenti Mengejut Sebab Nak Beli Jeruk Mangga Tapi Jalan, Pemandu Ini Dilabel Takde Otak

Berhenti Mengejut Sebab Nak Beli Jeruk Mangga Tapi Jalan, Pemandu Ini Dilabel Takde Otak

Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat sudah menjadi satu trend masa kini untuk meraih pendapatan. Namun, ramai yang bimbang kerana ia seolah membahayakan diri lebih-lebih lagi di jalan yang sibuk.

Malah, umum mengetahui penjaja jalanan yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan.

Namun, masih ramai yang tidak mempedulikan tentang keselamatan dan masih berniaga di kawasan persimpangan lampu isyarat seperti biasa.

Baru-baru ini tular video dashcam memaparkan pemandu Proton Waja yang secara tiba-tiba memberhentikan keretanya secara mengejut di tengah jalan raya hanya kerana mahu membeli buah jeruk yang dijual oleh peniaga jalanan.

Difahamkan tindakan perbuatan pemandu Waja itu telah menyebabkan dua buah kereta dibelakangnya telah mengalami kemalangan dek kerana terkejut apabila kereta dihadapan mereka yang lain berhenti secara mengejut.

Video dikongsikan di Facebook itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila pemandu Waja berkenaan dilihat pergi begitu sahaja selepas mendapatkan buah jeruk yang diidamkan sedangkan menjadi punca kemalangan yang berlaku.

Malah, ada yang berang sehingga melabel pemandu berkenaan tiada otak yang suka hati berhenti secara tiba-tiba sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, rata-rata netizen meminta supaya menyerahkan video tersebut kepada pihak polis serta mahu hukuman tegas dikenakan kepada penjaja jalanan kerana sudah banyak kali menyebabkan banyak insiden tidak diingini berlaku.

SUMBER: FacebookÂ