Tidak dinafikan sudah menjadi stigma di mana anak perempuan yang perlu membuat kerja-kerja rumah sehinggakan anak lelaki pula tidak disuruh untuk melakukan perkara sama.
Seperti luahan oleh seorang pengguna Twitter ini yang mengatakan sekarang sudah tahun 2021 serta meminta kepada anak perempuan supaya berhenti sendukkan nasi untuk kaum lelaki seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh orang perempuan.
Luah wanita itu lagi, tiada masalah jika sendukkan untuk suami atau bapa tetapi tidak perlu untuk adik-beradik kerana mereka boleh lakukan sendiri.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.
Kata netizen, jika zaman dahulu, lelaki yang mencari rezeki namun kini semuanya sama rata apabila wanita juga turut mencari duit namun layanan antara anak lelaki dan perempuan tetap berbeza.
Mengakui tentang perkara itu, pengguna Twitter itu berkata lebih bermasalah jika ibu pula jenis yang lebihkan anak lelaki dan anak perempuan sehingga tidak perlu membuat kerja rumah langsung.
Malah, ada beberapa netizen wanita meluahkan rasa jika rumah bersepah anak perempuan juga yang disalahkan sedangkan duduk rumah bersama-sama.
Lebih menyakitkan hati, jika cuba menegur adik beradik lelaki supaya membantu untuk membuat kerja rumah pasti ibu bapa akan mempertahankan mereka.
Kata seorang netizen lagi, ada sesetengah suami menggunakan kuasa jika tidak senduk dikira tidak taat serta perlu melayan mereka seperti raja, namun isteri pula dilayan seperti orang gaji.
Seperti sudah disangka, ada kaum lelaki seolah membalas perkongsian tersebut dengan meminta supaya berhenti menyuruh anak lelaki membetulkan atap rumah atap atau paip untuk adik atau kakak.
Kalau balas membalas begini agaknya sampai bila nak habis. Terpulang pada diri masing-masing jika nak sendukkan nasi untuk adik-beradik lelaki tiada salahnya dan untuk lelaki tiada salahnya untuk belajar buat kerja rumah untuk bantu isteri kelak, lebih-lebih lagi ramai wanita turut sama bekerja mencari duit juga.