Beri 100 Sebab Kenapa Minat Amir Ahnaf, Gadis Ini Dikritik Obses

Baru-baru ini perkongsian seorang gadis yang juga peminat kepada pelakon baru Amir Ahnaf menjadi perhatian ramai di laman Twitter.

Menerusi perkongsian itu, gadis tersebut dilihat memuat naik gambar Amir berserta 100 sebab kenapa dia meminati pelakon berkenaan.

Pada 100 senarai berkenaan turut dinyatakan oleh gadis tersebut sebab meminati pelakon berkenaan kerana senyuman, nyanyian, rambut, gigi, tangan dan pelbagai lagi.

Seperti sudah dijangka, perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang mengkritiknya terlalu obses.

Tidak kurang juga ada yang menyindir gadis berkenaan dengan bertanyakan sama ada dia waras atau tidak.