Berita Baik, Bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 Mulai Jumaat ini

Berita baik buat mereka yang sangat memerlukan bantuan. Ini kerana pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 bagi Fasa 3 akan bermula Jumaat ini.

BACA: PM Bimbang Kewujudan Kluster Baru, Pertimbang Wajibkan Pelitup Muka

Mari kami kongsikan secara ringkas tentang jumlah yang akan diterima berdasarkan pendapatan isi rumah:

+ Isi rumah berpendapatan bawah RM2,000: RM600
+ Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000: RM350
+ Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000: RM100
+ Bujang: RM400

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional sehingga 31 Dis 2020.

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran akan dibuat secara sekali gus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Memetik laporan Astro Awani, kadar tambahan sebanyak RM120 akan diberikan bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang dan bayaran akan dibuat secara sekali gus pada pembayaran Fasa 3 ini.

Secara ringkasnya, sebagai contoh, sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada Fasa 1 (Januari 2020), RM200 pada Fasa 2 (Mac 2020) dan RM1,080 pada Fasa 3 (Julai 2020).

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC).