Berita Baik, Bazar Ramadan Mungkin Dibenarkan Beroperasi

0
1506

Umum mengetahui di dalam situasi pandemik Covid-19, majlis ataupun perhimpunan besar besaran tidak boleh lagi diadakan seperti kebiasaan.

Malah, tahun lalu bazaar Ramadan juga tidak diadakan berikutan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, tahun ini bazar Ramadan berkemungkinan dibenarkan untuk diadakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurut Zuraida, kementeriannya akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu, termasuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

“Jika kita boleh membuka pasar basah dan pasar malam, saya tidak melihat mengapa kita tidak dapat membuka bazar Ramadan.

“Namun, kita harus meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang efisien dan bersesuaian untuk bazar,” katanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: BH Online