Berita Baik Buat Peniaga Makanan, Boleh Berniaga Sampai Tengah Malam

Umum mengetahui sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Oktober lalu, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam sahaja.

Nampaknya ini merupakan berita baik buat semua apabila kerajaan hari ini mengumumkan restorn, kedai serbaneka, stesen minyak boleh beroperasi sehingga 12 tengah malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi.

Ujarnya, kerajaan membenarkan selepas meneliti kesemua permintaan masyarakat dan ianya akan berkuat kuasa bermula esok, 24 November 2020.