Berjaya Tukar Status Jantina Di Australia, Ini Jadi Pada Status Sajat Di Malaysia

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap seorang lelaki di negara ini.

BACA: Kerana Sajat, Inikah Punca Harith Iskander Bakal Kena Saman?

Menurutnya lagi, jantinanya sebagai wanita itu di negara lain, namun di Malaysia Sajat tetap lelaki seperti mana yang tertera di kad pengenalannya.

“Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.

“Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal,” katanya.

Terdahulu, Sajat berkata dia merasakan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara Australia itu mudah dilakukan.

Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

SUMBER: Sinar Harian