Berlakon Cari Isteri, Suami Jerut Pensyarah Dipercayai Curang

Masih hangat diperkatakan mengenai kes seorang suami tergamak membunuh isterinya yang merupakan seorang pensyarah gara-gara terlalu marah dengan tindakan mangsa yang memfailkan pengesahan penceraian.

Terbaru, Harian Metro melaporkan berlaku masalah dalam rumah tangga dimana suami disyaki membunuh isterinya didapati curang, menyebabkan wanita itu tetap memfailkan pengesahan penceraian

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 41 tahun itu didapati menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Malah, suspek juga turut berpura-pura mencari isterinya, 40, bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Dalam pada itu, tempahan e-hailing sekaligus membongkar pembunuhan kejam pensyarah itu apabila suspek membuat terus ke lokasi kejadian.

“Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh. Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pihak polis turut mengambil keterangan anak tunggal pasangan itu untuk membantu siasatan selain menahan seorang wanita berasal dari Terengganu yang didakwa mempunyai hubungan dengan suspek.

Difahamkan kes pembunuhan kejam ini telah pun selesai kerana motif pembunuhan telah dikenal pasti.