Kebiasaannya majlis bertunang diadakan secara sederhana, malah jemputan tetamu hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
Namun, zaman sekarang ada yang mengadakan majlis pertunangan sama meriah dengan majlis pernikahan, siap ada pelamin sehingga ada yang tidak dapat membezakan sama ada ianya majlis tunang atau nikah.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok kisah pertunangan gadis bernama Liyana Abdullah. Mana tidaknya, busananya berwarna rona kuning menjadi perhatian ramai.
@lieliyanaReply to @arya_idaya1207 kan. Kenapa ramai kecam warna kuning ? ##fypシ ##fyp ##foryou♬ Senyumanmu by asep – ✝️
Seperti kebiasaan, ramai yang memilih warna putih, namun berbeza dengan gadis ini yang memilih warna terang yang disifatkan agak berani.
Malah, ada yang mempertikaikan warna kuning yang dipilihnya agak keterlaluan. Menerusi video tersebut, Liyana tidak faham mengapa warna bajunya dikecam.
@lieliyanaTime ni Allah je tahu perasaan aku rasa mcm nak tercabut jantung ##fypシ ##fyp ##fyp ##tunangan ##engaged2021
Namun, ada netizen mempertahankan gadis itu bahawa itu adalah hak masing-masing untuk memilih warna apa sekalipun. Kata netizen lagi, mungkin dia memilih rona kuning untuk kelainan.
Dalam pada itu, ramai yang mempersoalkan sama ada majlis yang diadakan itu adalah untuk pertunangan atau penikahan kerana meriahnya seperti majlis perkahwinan.
Ada saja serba tak kena di mata netizen. Kalau dah majlis sendiri, tak kisahlah pakai busana warna apa pun. Semoga ikatan pertunangan kekal sampai ke jinjang pelamin.
SUMBER: TikTok