Betulkah Drama Hati Yang Tersakiti Tiru Drama Thailand? Poster Pun Hampir Sama!

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai drama ‘Hati Yang Tersakiti’. Selain ramai yang geram dengan jalan cerita tersebut, namuan ramai yang memperkatakan drama itu didakwa meniru drama dari negara luar.

Jika sebelum ini drama tersebut didakwa meniru jalan cerita drama Korea The World of the Married. Kali ini, drama tersebut dikatakan telah meniru poster drama Thailand pula.

Tular satu perkongsian di Facebook memaparkan persamaan kedua-dua poster. Dari segi pelakon dan kemesraannya memang berbeza, namun posisi bergambar dan warna baju kelihatan sama.

Perkongsian poster berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen ‘sindiran halus’ mengatakan tidak sama kerana pelakon Malaysia berbaju putih rendah namun pelakon Thailand tersebut tinggi.

Bagaimanapun, ramai yang mengkritik bukan sahaja jalan cerita yang hampirsama malah poster juga turut ditiru. Netizen turut mengatakan bila agaknya industri drama Malaysia akan maju jika hampir semua perkara ditiru.

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang pengarah terkenal Shuhaimi Lua yang telah menonton kedua-dua drama tersebut dan memberikan ulasan mengenai perkata itu.

Menurutnya, kedua-dua drama tersebut mempunyai jalan cerita yang sama iaitu rakan baik sendiri merampas suami tetapi dari segi lakonan ia berbeza dimana drama Hati Yang Tersakiti lebih baik drama Thailand.

Apa pun jika dilihat pada poster kedua-dua drama memang hampir sama. Apa pendapat anda tentang drama ini?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.