Bhaiya ‘Kacak’ Jual Tudung Jadi Perhatian Wanita Gatal Di TikTok?

Pejam celik sudah 13 Ramadan dan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti ada yang sudah mula membuat persiapan sedikit demi sedikit supaya tidak kelam kabut.

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah kedai fesyen di Nilai 3, Negeri Sembilan menjadi bualan ramai gara-gara seorang lelaki kacak dipercayai warga Pakistan.

Memetik mStar Online, difahamkan video sesi Live ketika lelaki itu berniaga tudung itu turut menerima hampir setengah juta tontonan.

https://www.tiktok.com/@fizayaakub/video/7216336763218857222?q=

Bukan itu saja, ramai wanita dilihat meninggalkan komen di live tersebut tetapi bukan untuk membeli tetapi ‘flirting’ dengan bhaiya kacak tersebut.

Turut menjadi perhatian apabila warga asing itu menyapa seorang wanita yang meninggalkan komen dengan panggilan sayang.

Dalam pada itu, rakan sekerjanya turut berseloroh mendakwa lelaki berkenaan sudah berkahwin di Pakistan, namun masih bujang di Malaysia.

Malah, ada juga wanita yang berseloroh mahu menjadi pasangannya serta ada yang mengatakan bahawa ‘bhaiya’ itu adalah jodohnya.

“Abang harga berapa?

“Bang nak jadi pakwe saya tak?

“Macam jodoh saya,” tulis beberapa netizen.

SUMBER: mStar Online & TikTok FizaYaakub