Biadap, Ini Punca Menteri Dikecam Kerana Dakwa Dr Noor Hisham ‘Takut Mati’

Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, pasukan frontliners, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham antara bertungkus lumus berusaha untuk memutuskan rangkaian virus berkenaan.

Bagaimanapun, Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak turun ke Sabah membantu memerangi wabak tersebut terutama di negeri itu

“DG hari-hari buat berita sahaja, bikin apa? Kalau buat berita, bagi office boy dia baca. Kenapa dia tak turun padang. Macam Sabah sekarang, begitu hebat Covid-19. Kenapa dia tak turun melawat tiap-tiap hospital.

“Pergi tengok, berbincang bagi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan. Jangan hantar sahaja doktor dan jururawat pergi, (mereka) tak takut mati tapi DG takut mati,” katanya.

Keceluparan mulut Tiong yang juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China itu mencetuskan kemarahan beberapa Ahli Parlimen yang memintanya menghormati pegawai kerajaan dan tidak mengkritik Noor Hisham.

Mendengar kenyataan tersebut, Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer bangun sambil meminta Tiong menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sangat kurang ajar.

“Saya tidak benarkan dia (Tiong) hentam DG (Dr Noor Hisham), dia adalah petugas barisan hadapan, jangan kurang ajar, Bintulu. Jangan hina pegawai kerajaan,” jerit Rayer.

Kenyataan MP Bintulu itu turut dikecam netizen menerusi Facebook MalaysiaKini. Netizen berkata DG Hisham antara yang paling sibuk berganding bahu dengan para frontliners untuk membendung virus berkenaan.

Tegas netizen, kita sepatutnya menghormati petugas barisan hadapan yang sedang bertarung nyawa dan berhempas pulas demi kesejahteraan negara.

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap Ahli Parlimen Jelutong yang tampil mempertahankan Dr Noor Hisham. Namun, ada yang ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila MP Jelutong diarah keluar sedangkan beliau yang tampil mempertahankan Dr Noor Hisham.

SUMBER: MalaysiaKini