Biadap! Masjid Diconteng Cat Merah Gara-Gara Bunyi Terlalu Kuat

0
5134

Masjid atau surau merupakan pusat ibadah untuk umat Islam menunaikan ibadah. Setiap kali masuk waktu solat, laungan azan akan kedengaran untuk mengajak umat Islam menunaikan ibadah wajib itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sebuah masjid gara-gara melaungkan bunyi terlalu kuat.

Dalam kejadian berlaku Ipoh, pagar sebuah masjid di Taman SPPK di Pasir Puteh diconteng dengan menggunakan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi.

Difahamkan, kejadian itu disedari pada jam 5.15 pagi ketika pengadu dan isteri tiba di masjid dan mendapati ada tulisan cat merah tertera ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada pintu masuk utama majis berkenaan.

Menurut Yahya, pengadu yang juga muazin di masjid berkenaan berkata beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh setiap hari.

Polis memaklumkan pihak mereka akan menjalan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

SUMBER: BH Online