“Biar Lelaki Rasa Susah Kumpul Duit Hantaran” – Netizen Berbalah Dengan Pendapat Ayah Wanita Ini

Tidak dinafikan setiap kali bercakap mengenai hal perkahwinan perkara yang sering menjadi perdebatan adalah mengenai wang hantaran.

Seperti kita tahu wang hantaran hanyalah adat dalam perkahwinan Melayu. Namun, isu itu sering menjadi perdebatan kerana ia menjadi beban buat pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini tular di laman Twitter perkongsian seorang gadis dikenali sebagai @eymahana yang berkongsi pendapat bapanya mengenai soal hantaran.

Menurut bapanya adalah lebih baik jika seseorang lelaki itu rasa susah untuk mengumpul wang hantaran sebagaimana seorang bapa bersusah membesarkan anak perempuan mereka.

Kata bapanya lagi, masalah lelaki apabila senang untuk dapatkan sesuatu pasti susah untuk menghargai dan apabila tidak sukakannya akhirnya ‘ditendang’ seperti bola.

Bagaimanapun pendapat dikongsikan gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang bersetuju namun ada yang berbalah.

Diruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wang hantaran itu adalah untuk pengantin perempuan juga dan boleh digunakan untuk kehidupan selepas berkahwin.

Sementara itu dalam perkongsian lain, gadis itu berkata, seseorang lelaki itu pasti akan membuat apa sahaja jika benar sayangkan wanita itu serta mahu menghalalkannya.

Dalam pada itu, katanya lagi yang bising mengenai soal wang hantaran adalah lelaki yang pemalas sehingga memberi banyak alasan untuk tidak mahu memberikan wang hantaran.

SUMBER: Twitter Eymahana