Bizmilla Dan Malakat Mall Peruntuk RM5 Juta Cashback, Memang Bertambah Jimat Belanja Keluarga

KUALA LUMPUR: Bizmilla, syarikat milik artis dan usahawan, Mila Jirin menjalinkan kerjasama strategik dengan Malakat Eco Mall melalui Kempen RM5 Juta Tunai Percuma bermula 31 Julai ini.

Mila yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Bizmilla berkata, kolaborasi murni berkenaan diharap dapat dimanfaatkan lebih 100,000 ribu keluarga termasuk yang bergelut di era pandemik COVID-19.

“Dengan kolaborasi ini, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya

Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya”

“Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya

Jelas Mila lagi, Bizmilla dan Malakat Grocer juga ingin membantu meringankan kos sara hidup pelanggan dan memberi tambah nilai setiap ringgit yang dibelanjakan.

Coach Fadzil bersama Mila dan Ailis (suami Mila)

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga kota khususnya yang terkesan saat ini. Cita cita memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

“Diharap semua warga terutama di Selangor, KL dan Melaka tidak ketinggalan untuk bersama menyertai ‘Kempen RM5 Juta Tunai Percuma’ ini, kerana ia sebuah inisiatif yang sangat bermakna buat saya dalam membantu mereka yang susah,” katanya.

Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya

Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.

Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.

“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.