BPR: Isi Rumah Bakal Terima Bantuan RM800 Hingga RM1,800

Bagi menambah baik bantuan tunai kepada isi rumah pada tahun 2021, kerajaan memutuskan untuk menukar Bantuan Sara Hidup kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar dan kategori yang lebih baik.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi pendapatan isi rumah kurang RM2,500 hingga RM 4000 yang mempunyai anak seorang dibayar RM 800 manakala untuk isi rumah yang mempunyai dua atau lebih dengan bayaran RM 1,200.

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1324634970598510592?

Menurutnya, bagi yang mempunyai dua orang anak atau lebih pula akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

“Bagi mereka yang mempunyai isi rumah pendapatan sebanyak RM2,501 sehingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800.

“Bagi mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih pula akan menerima sebanyak RM1,200,” katanya dalam Dewan Rakyat menerusi pembentangan Bajet 2021.