Buang Sebelah Ovari Ketika Usia 12 Tahun, Kakak Bangga Adik Kini Bebas Kanser

Sebut sahaja penyakit kanser, sudah pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita yang gerun apatah lagi penyakit tersebut boleh meragut nyawa. Buat penghidap penyakit tersebut, sudah pasti semangat dan dorongan daripada keluarga serta orang tersayang sangat diperlukan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang gadis bernama Najwa ini menerusi Twitter mengenai adik kesayangannya yang baru berusia 12 tahun kini besar daripada kanser ovari.

Lebih menyentuh hati, Najwa berkata adiknya terpaksa melakukan pembedahan membuang satu daripada ovarinya selepas disahkan menghidap kanser ovari tahap empat.

Ujarnya, perjalanan hidup adiknya sememangnya penuh air mata, namun dia sangat berbangga kerana adiknya mempunyai semangat yang kuat.

Menceritakan bagaimana mereka sekeluarga mengetahui adiknya sakit, Najwa berkata secara fizikal adiknya nampak sihat sahaja dan tiada simptom kanser.

Dalam pada itu, ada yang bertanyakan jika menghidap kanser rahim adakah sukar untuk hamil, Najwa memberitahu ia tidak memberi kesan pada rahim tetapi hanya satu ovari sahaja dibuang kerana sudah rosak.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi ketabahan kanak-kanak itu dimana baru sahaja berusia 12 tahun sudah berdepan dengan ujian besar serta mendoakan agar sihat seperti sediakala.

SUMBER: Siakapkeli