Buat Konten Lawak Ketika Solat, Norreen Iman Dikecam Teruk

Baru-baru ini, pelakon Norreen Iman dilihat ada memuat naik video di TikTok memaparkan aksinya bersama rakan sedang solat secara berjemaah.

Difahamkan, video dikongsikan menunjukkan mengenai situasi biasa yang dialami wanita yang bertelekung ketika sedang menunaikan solat.

Seperti sudah dijangka, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan Norreen itu yang seolah memperlekehkan agama.

Kata netizen lagi, tidak dinafikan perkara itu terjadi dalam kalangan jemaah wanita namun tidak bermakna perlu membuat konten sedemikian.

Malah, ada netizen menyifatkan konten tersebut tidak kelakar dan didakwa bodoh apatah lagi melawak mengenai hal berkaitan ibadah.