Setiap kali bulan Ramadan sudah nenjadi kebiasaan untuk membuat tempahan di kedai makan terlebih dahulu kerana bimbang tiada lagi tempat kosong.
Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak datang selepas membuat tempahan. Lebih parah jika peniaga tidak mengambil deposit lebih-lebih lagi jika pelanggan membuat tempahan yang ramai.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang peniaga ditipu pelanggan yang sudah menempak untuk makan sebanyak 60 orang namun tiada seorang pun yang datang. Malah, tiada pihak memaklumkan tidak dapat datang kepada pihak restoran sehingga kedai tutup.
Menerusi aplikasi di TikTok, seorang wanita berkongsikan keadaan di sebuah restoran memaparkan dua barisan meja sudah tersedia untuk 60 orang.
Pemilik video berkenaan berkata paaa awalnya pihak resotran bersikap ‘husnuzon‘ dan berfikir mungkin pelanggan akan datang selepas berbuka.
Bagaimanapun, sehingga kedai ditutup pelanggan tidak muncul. Malah pekerja kedai sudah pun menghubungi pelanggan terbabit namun tidak berjawab.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kesal perkara itu terjadi lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.
Tidak kurang juga, ada yang menasihatkan peniaga supaya mengambil wang deposit terlebih dahulu supaya tidak dianiaya oleh pelanggan.
SUMBER: TikTok