Budak 4 Tahun Ajak Kawan Tiru Aksi Senggama, Rupanya Tengok Video Lucah Dalam Phone Ibu

Tidak dinafikan, seiring dengan peredaran zaman ramai ibu bapa sudah mendedahkan anak-anak seawal usia kecil lagi dengan telefon pintar.

Namun, perlu ada pemantauan daripada ibu bapa kerana jika dibiarkan sahaja mungkin akan beri kesan buruk kepada anak-anak.

Baru-baru ini seorang penceramah dan penulis keibubapaan, Adlil Rajiah ada berkongsikan mesej diterima daripada ibu bapa mengenai anak mereka.

Menurut ibu bapa tersebut, anak mereka yang baru sahaja berusia 5 tahun telah diajak oleh rakan tadika berusia 4 tahun melakukan aksi tidak senonoh.

Lebih mengejutkan, rakan anaknya mengajak untuk melakukan aksi jilat kamaluan. Selepas disiasat, budak berusia 4 tahun melihat aksi lucah tersebut dalam telefon bimbit ibunya.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan trauma mendengar cerita anak mereka. Kata ibu bapa kanak-kanak itu lagi mereka sudah mengajar anaknya tentang bahagian sensitif.

Namun, anaknya tidak tahu perkara tersebut salah kerana tidak pernah diajar mengenai hal seperti itu.

Dalam pada itu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan kesal dengan pihak tadika kerana berlaku pengabaian dan kecuaian serta tidak memantau kanak-kanak di situ.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kisah dikongsikan itu serta ramai yang bimbang perkara itu terjadi pada anak mereka.

Tidak kurang juga, ramai yang mengatakan sikap tidak bertanggungjawab ibu kanak-kanak berusia 4 tahun itu sehingga berlaku perkara sedemikian.

SUMBER: Facebook Adlil Rajiah