Budak Lelaki Sebak Terima Jambangan Coklat Dari Ibu Buat Netizen Auto Menangis

Umum mengetahui, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Disebabkan itu juga, ramai yang tidak dapat menziarahi ibu bapa kerana tidak dapat pulang ke kampung. Malah, ada anak-anak yang berjauhan dengan ibu bapa kerana tuntutan kerja.

Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak lelaki menerima jambangan coklat daripada ibunya. Namun, apa yang menjadi perhatian apabila budak lelaki itu membaca kad ucapan tersebut.

Pada awalnya budak lelaki itu membaca kad itu dengan lancar namun kedengaran suaranya sebak apabila membaca nota daripada ibunya itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menangis apabila melihat budak lelaki itu menangis sebak.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Twitter seorang netizen menyatakan ibu budak lelaki tersebut merupakan frontliner di sebuah hospital.

SUMBER: TikTok & Twitter