Melihatkan kes Covid-19 meningkat, nampaknya harapan kita untuk pulang berhari raya di kampung dilihat semakin samar.
Umum mengetahui, sebelum ini pihak polis memaklumkan rumah yang memiliki jumlah kereta yang banyak bakal diperiksa bagi mengelakkan jika ada individu yang merentas negeri.
Terbaru, pemeriksaan lebih ketat akan dilakukan oleh Polis Kedah yang akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.
Dalam pada itu, pemeriksaan surat lebih terperinci akan dilakukan serta mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dokumen palsu kerana akan dikenakan denda yang tinggi.
“Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu,” katanya.
SUMBER: Utusan Malaysia