Bukan Mudah Jadi Ibu, Neelofa Pernah Kejut Suami Tengah Malam Sambil Nangis

Pejam celik tak lama lagi, selebriti popular Neelofa bakal bergelar ibu kepada dua cahaya mata dan pasti ramai tidak sabar menantikan mengenai anak kedua bekas pengacara MeleTOP itu.

Baru-baru ini, tular video dimana Neelofa berkongsikan mengenai pengsalamannya bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Menerusi video itu, Neelofa berkata disebalik kegembiraan menimang cahaya mata, terselit kenangan yang tidak dikongsikan sebelum ini.

Menurut Neelofa, dia mengakui pernah beberapa kali mengejutkan suaminya, Haris Ismail sambil menangis di waktu malam.

https://www.tiktok.com/@pama.my/video/7238182939924778258?_r=1&_t=8ck1HbZeok5

Neelofa berkata perkara itu disebabkan kekurangan ilmu tentang penyusuan ibu membuatkan dirinya sedikit tertekan.

“Saya ingat saya kejut dua tiga kali suami saya sambil menangis. Tak boleh dah ni,” katanya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

SUMBER: TikTok