Cabaran Sebut 1 Bas, 2 Bas Lelaki Ini Buat Ramai Berdekah, Sampai Terbabas Dibuatnya

0
4327

Saban hari ada sahaja video viral yang menjadi bualan di media sosial. Malah, ada sahaja trend terbaru yang menjadi ikutan ramai tidak kira usia.

Baru-baru ini, tular video di Twitter seorang lelaki dicabar untuk menyebut perkataan 1 bas sehingga 10 bas yang membuatkan ramai ketawa berdekah. Mana tidaknya, tidak semua boleh melakukan cabaran tersebut termasuklah lelaki ini yang akhirnya mengaku kalah.

Lebih lucu, pada awalnya dia dilihat bergalak dan yakin boleh melakukan cabaran tersebut namun cubaan lelaki itu mengira bas dengan laju tidak berjaya apabila banyak kali tersasul.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat telatah lelaki berkenaan. Tidak kurang juga ramai yang mencuba namun mereka juga gagal mengira dengan tepat.

Susah juga cabaran ni, bila sampai 9 bas terus jadi sembilan belas. Siapa yang boleh selesaikan dengan lancar memang anda hebat.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Twitter